Tuesday, September 02, 2008

Ramadhan

ini hari kedua ramadhan, hari kedua aku posa.. oleh kerana hari nie cuti, aku tak kemana, lepak kat umah je. dah dua hari aku makan sahur terlalu awal, belum jam 5 pagi sumer dah selesai... rasa rugi betul... keuntungannya bagi orang yang melewatkan sahur.

ramai aku tengok kengkawan aku time posa ni terkeliru dengan amalan imsak.. aku memang tak ikut imsak nie tapi dorang yg majoriti nie telah mengkonfuse kan aku.. aku ingat ustaz aku kata, makan waktu akhir, kalau time makan tu tetiba dengar azan, habiskan sebab ada hadis mengatakan boleh makan time tu... ustaz nie ngajar aku kat skolah dulu.. dah lama, so bila kengkawan aku yang berpegang pada imsak nie kata dah tak boleh makan bila hampir dengan azan, aku konfuse..

2 hari lepas aku jumpa satu blog, http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/07/cara-bersahur-yang-sunnah-imsak-yang.html, aku dapati banyak hadis merujuk tentang sahur.. alhamdulillah apa yang aku buat selama ini tidak salah. namun, aku susah utk cepat percaya sesuatu hal, jadi aku bertanyakan empunya http://saifulislam.com/, dia kata sah benar. aku juga ada bertanya beberapa orang lain tapi belum mendapat jawapan...

sesungguhnya aku pun baru tahu bahawa time iqamah pun boleh lagi habiskan makan. naif betul aku nie.. boleh tahan ceteknya ilmu... tapi lebih baik la dari yg guna imsak tuu... diharapkan sapa yang menjadikan imsak tu waktu berenti makan, sila kembali pada hadis yang benar... nak berenti makan time imsak boleh cuma rugi laa, tapi menjadikan imsak itu waktu habis sahur itu SALAH!! tidak boleh begitu...

No comments: