cuaca ari nie panas.. ntah kenapa berbahang betul.. australia pun panas 43 darjah.. aku nie skang sakit kepala kesan dari panas kot.. almaklum, banyak makan fastfood.. banyak penyakit pelik...
skarang musim yang pelik, hujan sedikit panas berlebihan.. angin kuat, sejuk dan nyaman.. tapi cuaca betul-betul panas... pening tak?
lagi pelik nyamuk ganas betul sekarang.. kalau sembur ubat nyamuk, dia relaks je korek idung.. agak-agak abis sebotol baru dia tumbang.. tu pun tak mati.. ada orang kata nyamuk mutasi.. itu yang lepass sembur dari jabatan kesihatan.. dorang selamba kuar balik mencari mangsa.. denggi.. cikungunya.. pening aku.. aku pun last week kena virus fever.. angkara nyamuk.. nasib bukan cikungunya.. abis berbijik-bijik air kelapa aku minum...
Wednesday, January 28, 2009
Tuesday, January 06, 2009
Palestin..
apa dah jadi daa dengan palestin nie.. takdo sapo nak tolong ka? hangpa sumer wat pe?
aku pun kurang paham dengan apa yang berlaku.. mesir awat tak tolong? nie mesti kes makan banyak sangat duit amereka nie.. terhutang babi la kot...
arab lain wat pe? takut kena serang amereka yang dah nak bangkrap tu ke.. ke tunggu amereka bengkrap baru nak bantu.. bengap.. takut amereka dari takut tuhan.. takpa laa.. syurga tu bukan luas sangat berbanding neraka.. hangpa dok la dalam neraka tu beramai-ramai dengan amereka yang yang hangpa takuti tu..
nak boikot barang israel.. haha.. tutup teskoo tu dulu.. berenti guna microsop.. bulih? cakap besar tara guna.. try la dulu..
orang hari ni takda sapa peduli apa berlaku ngan palestin.. depa amik tau utk beberapa minit jee.. pastu tukar citer hiburan.. bola.. kempen.. tara guna...

Sunday, September 07, 2008
Selamat Berpuasa
aku terlupa pulak.. SELAMAT BERPUASA... BANYAKKAN IBADAH.. kita sebagai manusia biasa mesti meningkatkan iman.. bukan senang nak jadi orang beriman nie.. susah.. penuh duri menghalang perjalanan.. memang penuh luka.. sakit... tapi sabarlah.. sesungguhnya janji ALLAH SWT adalah benar. bacalah hadis ini berkaitan Islam Iman dan Ihsan.
Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah saw suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya.
Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah saw) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah saw: “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada ilah (tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “.
Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“.
Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” .
Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar.
Kemudian beliau (Rasulullah saw) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “. (Riwayat Muslim)
Thursday, September 04, 2008
Komentar
- hari ini berita menunjukkan betapa amerika bersedia untuk menyerang iran. syria pula sedang memujuk amerika supaya melaksanakan rundingan damai dengan iran berkenaan senjata nuklear. iran juga yang sejak dari tahun lepas lagi telah menunjukkan kekuatan melalui ujian peluru berpandunya... menurut iran, ia akan memusnahkan semua pengkalan amerika di asia barat dan memusnahkan israel. namun, tanpa sokongan negara-negara arab yg sekian sekadar menjadi batu nesan dalam menguburkan negara-negara kuat arab... bodoh tapi benar.. dimana dia salehuddin al-ayub? adakah benar iran negara parsi pilihan yg bakal menggantikan negara arab?
- peperangan ini bakal menyebabkan keruntuhan ekonomi malaysia? aku mendengar berita keruntuhan / kejatuhan ekonomi malaysia sejak 2-3 tahun lepas... ia sekarang semakin jelas jika benar amerika mengalami kejatuhan ekonomi. amerika sedang bertungkuslumus menyelamatkan ekonominya, dan kita malaysia? mungkin sedang sebok mengira keuntungan dalam poket masing-masing? atau rakyat kita juga masih sebok bershopping sakan? apa yang bakal berlaku jika ekonomi jatuh secara tiba-tiba? fikirkan...
- semua barang harga naik.. minyak turun harga tapi barang tak turun harga pun.. siapa yang bijak ini? yang untung pula siapa? hari ini orang mula berkira-kira nak beli apa.. tidak seperti dulu, beli aja apa hendak.. tuang aje minyak nak pegi mana cakap aje... sekarang... makan tengahari pun kat sebelah pejabat je... adakah benar peniaga kecil menikmati keuntungan dari kenaikan harga? mereka meraih untung yang semakin kecil.. dihimpit kiri dan kanan.. barang modal mahal.. tapi nak jual mahal nanti orang tak beli... anak-anak skolah sapa nak tanggung? kerajaan prihatin skarang? soh makan ubi kayu ada laa...
- berjimat-cermat? bagaimana kalau anak anda alergi susu biasa...terpaksa guna susu soya yang harganya RM60 setin dan 5 tin sebulan? cemana nak jimat tuu.... minyak pergi balik kerja RM50 untuk 5 hari dan hari minggu? cemana nak jimat tuu.. naik moto? anak ada 2-3 orang nak antor umah pengasuh.. nak naik moto? jatuh mati berlima... pengasuh mau RM400-RM600? takkan nak mintak dia cut halfprice? karang makanan anak kau pun dia catu cemana tu..? kau ingat senang jimat..
- hidup senang tu senang laa.. yg hidup susah tu susah laa.. yang kena buang kerja nanti ekonomi down? merempat laa... cari kerja lain.. kalau takda? anak bini nak kena bagi makan tu.. sapo nak bagi makan tu.. ekau? kau pun tersepit... aku boleh tahan lagi la sekarang? abis yang kena buang kerja tapi takda lagi kerja tu nak wat pe? merompak? samun? curi? abis cemana tu? sapa nak tolong dorang nie..? ada ke orang kesian atau menghina lagi kot... ada ke orang kaya nak jadi dermawan? ke tengah shoping kat dubai...
Tuesday, September 02, 2008
Jangan Sombong!
from email to me:
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :
" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhen ti disini apabila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya".
Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
"Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat". Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
Pengajaran : Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Subscribe to:
Posts (Atom)