Memperingati semula peperangan a'in jalut, Pernahkah anda mendengar peperangan a'in jalut? Ianya hampir2 telah tidak dicatatkan oleh para sejarawan lantaran kekangan pihak2 tertentu. Perang ini berlaku di hujung pemerintahan kerajaan mongol di dunia islam pada akhir abad ke 13 masihi.Selaku umat muslimin, kita memang telah tahu akan tragedi serangan mongol ke atas dunia Islam yang telah membinasakan sama sekali kegemilangan tamadun Islam ketika itu. Tahukah anda jumlah kaum Muslimin yang telah disembelih oleh tentera mongol ketika itu? Para ulama, sejarawan yang masih hidup ketika serangan itu berlaku mencatatkan, hampir 18 juta umat Islam telah menjadi korban keganasan mongol. Para ulama Islam ketika itu, hampir-hampir tidak sanggup untuk merakamkan semula peristiwa serangan yang langsung tidak berperikemanusiaan ini. Ianya tidak pernah berlaku sedahsyat itu dalam mana2 sejarah pun.
Apa yang pasti, kata-kata Genghiz Khan ketika melanggar kota Baghdad, wajar direnungi, beliau berkata, "aku adalah bala yang diturunkan tuhan ke atas muka bumi untuk menghukum kamu..." Umat Islam ketika itu sedang berada di kemuncak kegemilangan tamadun. Baghdad adalah kota yang termoden di dunia. Ia adalah pusat ilmu, perdagangan dan sosial yang tiada tandingannya. Barat ketika itu masih lagi barbarian. Akan tetapi, lazimnya manusia apabila sudah terlalu mewah, mereka lupa akan Allah swt. Ibadah solat mudah sekali ditinggalkan. Sejarah mencatatkan ada di antara khalifah di Baghdad yang sanggup membatalkan solat jumaat semata-mata untuk menyambut hari kelahiran baginda. Arak menjadi minuman kaum bangsawan. Yang tinggal hanyalah para ulama yang tidak jemu-jemu berdakwah agar muslimin kembali ke pangkal jalan. Amaran mereka tentanga zab Allah tidak diendahkan. Selain itu, peperangan merebut takhta juga berlaku sesama negeri2 Islam.Khalifah di Baghdad, Al Muktasim ketika itu amat tidak senang dengankerajaan Khwarizmi yang berpusat di asia tengah yang dipimpin oleh Sultan Muhammad Shah Al Khwarizmi.
Perpaduan umat muslimin amat rapuh dan bila-bila masa saja akan diganyang oleh yakjuj wa makjuj yang sedang berkumpul dipadang rumput steppe di rusia. Mongol mula menyerang kerajaan Khwarizmi disebabkan keangkuhan Sultan Muhammad menyiksa utusan Genghiz Khan yang datang untuk berbincang tentang perniagaan. malangnya ketika serangan ini berlaku khalifah di Baghdad enggan membantu Genghiz Khan amat marah dan mula merancang satu strategi perang. Khabarnya beliau telah mengatur satu plan tindakan untuk menyerang dan menghancurkan dunia islam, dan ia akan mengambil masa selama 18 tahun.Ternyata pelan ini telah berjaya menepati sasarannya walaupun Genghiz Khan mati di pertengahan pelannya. Ia telah diteruskan oleh anak-cucunya. Umat islam yang sedang tenat itu dengan mudah ditewaskan. Khalifah telah dibunuhdengan kejam dengan bantuan puak syiah ketika itu. Umat islam disembelih beramai-ramai hinggakan longgokan mayat setinggi bukit dan dikatakan di mana saja berjalan, akan terpijak pipi anak muda dan gadis (mayat). Kemuncak serangan ini ialah apabila mereka sudah hampir ke kota Madinah dan Mekah. Ketika itu kekuatan Islam sudah lumpuh sama sekali dan tidak ada apa yang dapat menghalang mongol dari masuk ke kota2 suci itu.
Allah swt telah menetapkan kaum Mamluk sebagai pembela umat islam yang kemudiannya mempertahankan 2 kota suci muslimin. Demikianlah bila Allah memuliakan satu kaum. Kaum Mamluk asalnya adalah golongan hamba abdi yang berjaya merampas pemerintahan kerajaan Mesir. Mereka telah tidak dihormati lantaran status hamba abdi yang mereka miliki. Akan tetapi merekalah yang berjaya menewaskan tentera mongol yang dikatakan tidak terkalah lagi.Tidak ada negara di dunia ketika itu yang sanggup berdepan dengan mongol. Tentera Islam Mamluk dipimpin oleh Sultan Qutuz yang amat masyhur itu. Mereka bertembung dengan bala tentera mongol yang amat besar di satu kawasan mata air yang dipanggil a'in jalut. Inilah peperangan yang termashyur dalam sejarah Islam yang disimpan rapi oleh sejarah islam. Pada mulanya pukulan pertama dari mongol terlalu keras hingga tentera muslimin berundur. Sayap kiri dan kanan mongol membantai barisan hadapan muslimin hingga mereka terpecah-pecah.
Harus diingat tentera mongol mempunyai pengalaman berperang puluhan tahun lamanya, dan telah menakluki hampir separuh dunia ini. Sedangkan kaum Mamluk adalah golongan hamba yang tidak berpengalaman langsung. Tapi adakah itu ukuran? Tidak sekali2 kerana Allah telah berfirman :
"berapa banyak gerombolan yang kecil telah dapat menewaskan gerombolan yang besar dengan izin allah?"
Ketika tentera muslimin sedang kelam kabut, isteri kesayangan Sultan Qutuz yang turut sama bertempur telah cedera parah terkena tetakan mongol. Semangat juang Sultan Qutuz hampir goyah melihat keadaan isterinya yang hampir mati.
"Isteriku..isteriku.." keluh Sultan Qutuz.
Akan tetapi isterinya yang bertaqwa itu sempat membisikkan kalimah terakhir ke telinga suaminya..
" wahai kandaku, jangan ucapkan begitu, ucapkanlah.. WaIslamah..wa Islamah (Demi Islam), teruskan jihad ini abang.."
langsung beliau terus syahid dan kembali ke sisi Allah swt. Sultan Qutuz seakan tersedar dengan ucapan isterinya. Semangat jihadnya kembali menyala lalu dia telah mencapai semula bendera tenteranya dan menyerbu masuk ke bala tentera mongol sambil tidak henti-henti melaungkan
"Wa Islamah! Wa Islamah!".
Tentera muslimin yang mula untuk berundur berasa malu melihatkan Sultan mereka telah berpatah balik ke medan perang. Melihatkan itu semangat jihad mereka telah naik semula, syurga telah terbayang di depan mata, lalu mereka kembali membantai semula tentera mongol habis-habisan, serangan yang berkali-kali ganda lebih hebat yang tak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera pundi dunia ini. Akhirnya Allah swt menuliskan kemenangan di pihak muslimin. Tentera mongol telah cabut lari ke negara mereka akibat kalah teruk. Allah swt telah menurunkan syak wasangka sesama pemimpin mongol yang menyebabkan mereka pula telah tidak bersatu. Dengan itu, empayar mereka telah berjaya ditewaskan oleh muslimin.
Ini adalah kemenangan terbesar Islam yang cuba ditutup oleh barat. Dengan itu, 2 kota suci Islam telah berjaya dipertahankan. Empayar Islam mula dibina kembali dan barat ketika itu amat gerun dengan kerajaan mamluk, kerana mereka satu-satunya yang berjaya menewaskan mongol. Perang ini wajar disingkap kembali oleh kita semua. Ceritakanlah pada generasi muda tragedi serangan mongol dan perang a'in jalut. Ia adalah satu peperangan yang sangat dikagumi dan disanjungi. Semoga pada zaman ini akan lahir tokoh segagah Sultan Qutuz dan wanita berhati waja seperti isterinya. Belalah umat Islam hari ni yang semakin ditindas oleh puak kuffar. Satukanlah dunia Islam dalam satu bendera daulah Islamiah.
Allahuakbar..Allahuakbar...Allahuakbar...
P/S: maaf nie artikel aku copy je.. dah lama, so aku pun dah lupa mana sumbernya.. tuan punya, jangan mare yer...
No comments:
Post a Comment