Friday, July 23, 2010

Maher Zain.. paling best masa kini!

Maher Zain - Insha Allah

dari sabtu ke sabtu lagi


Satu minggu yang terlalu sekejap rasanya.. sabtu lepas aku OT rasa cam baru semalam jee.. tup tup esok dah sabtu.. banyak kerja nak buat.. kena OT lagi nampaknya.. penin aku.. kerja adhoc memenuhi 5 hari bekerja aku.. kerja aku belum terbuat lagi.. nak lawakan web opis aku pun tak terbuat lagi.. blog nie pun dah lama giler aku tak jenguk.. emm... jam dah 12.30 tengah malam.. baju ada lagi nak sidai nie.. dah lewat giler nie.. ini dah trip ke empat aku nyidai baju malam nie..

caloo la..

Tuesday, September 02, 2008

Jangan Sombong!

from email to me:

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :

" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhen ti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya".

Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.

"Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat". Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran : Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Marjerin vs Mentega

from email to me:
Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda(turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerahotak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka. Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalumereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai gantimentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin denganpelbagai perasa baru.
TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega? Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyaijumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunyasebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbandingmemakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru. Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan.Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalahmakanan tambah nilai!
Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makananlain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerinterhasil kurang dari 100 tahun. Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterolberbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barahsebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulinsemula jadi badan. Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan .
INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK! Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKULuntuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumurhidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermaknahidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan). Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini: Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempatteduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut: *tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda) *ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganismajuga tidak akan membiak atasnya.
Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepadaplastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas rotianda? BAGUSLAH KALAU DAH TAHU..Sebar2kan supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.